藝文資訊台

藝文訊息、活動、獎項
 
首頁鏡像購買出版品 

  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  

Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY-Pelangi  ◎  羅羅
文學獎 2010-01-14 15:51:42
Bookmark and Share

Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) dan Pelangi Publishing Group menganjurkan Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY-Pelangi.
Tema peraduan adalah bebas, tetapi hendaklah mengutamakan nilai-nilai murni dan budaya Malaysia dan mestilah sesuai untuk bacaan pelajar sekolah menengah. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Karya hendaklah asli dan ditulis dalam bahasa Melayu, belum pernah menyertai sebarang peraduan, disiarkan atau diterbitkan oleh mana-mana penerbit.Ketebalan manuskrip adalah antara 200 hingga 300 halaman saiz A4, ditaip dengan fon Arial bersaiz 12 poin, dan berselang dua baris.Peserta boleh menghantar maksimum dua karya bagi setiap kategori. Bagaimanapun, hanya satu karya yang akan dipilih untuk penerimaan hadiah.
Karya terbaik akan diterbitkan oleh Pelangi Novel Sdn Bhd dan pemenang juga akan menerima hadiah wang tunai RM5000 (pertama), RM3000 (kedua) dan RM2000 (ketiga) manakala lima hadiah sagu hati ialah RM500 setiap satu.Borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web

http://www.pelangibooks.com.
Karya dalam bentuk bercetak dan soft copy berserta borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 31 Januari 2010, kepada Urus Setia Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY-Pelangi, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. (U.P.: Siti Ezaleila Mustafa).
Sebarang pertanyaan mengenai peraduan ini boleh dilakukan dengan menghantar emel kepada ezaleila@gmail.com.

[ 點閱次數:9706 ]

暫無回應

還沒有回應...

寫下你的回應

您目前是訪客身份。您的留言將先進入審核列。
若您要成為會員,請先註冊。 若您已註冊,請登入

本網站不會顯示您的電郵地址。

您的URL將被顯示。
(斷行用<br />)
(Name, email & website)
This is a captcha-picture. It is used to prevent mass-access by robots.
請輸入上圖顯示的字串 (不區別大小寫)

藝文資訊台

您目前是訪客身份。
請用以下一項機制登入或註冊:
  • » 使用Facebook帳號:
  • » 使用有人部落帳號:

搜尋

5月 2026
 << <   > >>
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31





XML Feeds

誰在線上?

  • 訪客: 88
本網部落格系統由「有人出版社」基於  系統建製。本網頁面設計由「有人出版社」完成。

有人出版社于2003年成立于馬來西亞吉隆坡﹐由一班年輕的中文寫作者組成﹐目前以業余方式刻苦經營。其成員背景多元﹐來自廣告﹑資訊工藝﹑新聞媒體﹑出版﹑音樂﹑電影甚至投資界。有人虛實並行﹐除了經營網上"有人部落"﹐也專注藝文書籍的出版和製作。